Selamat Datang Di Blog Jurnal Anak 1000 Pulau - Dimana Ada Perairan, Disitu Pasti Ada Suku Bajo

CARA BERTANYA DALAM BAHASA BAJO PADA KEHIDUPAN SEHARI-HARI

Belajar salah satu bahasa daerah yang ada di Sulawesi Tenggara, Indonesia ini, kita tahu bersama Indonesia merupakan negara kepulauan yang terdiri dari beribu pulau dengan begitu banyak suku, budaya, etnis dan bahasa.

BUDAYA SUKU BAJO

Orang Bajo terutama di Sulawesi Selatan banyak mengadaptasi adat istiadat orang Bugis atau Makassar. Atau juga adat istiadat Buton di Sulawesi Tenggara.

ASAL USUL BANGSA BAJAU (BAJO)

Samah adalah gelaran yang diberikan kepada suku kaum Bajau yang mendiami kawasan pantai barat Sabah bermula dari Kudat sehingga ke kawasan pedalaman Sabah.

Friday, March 4, 2016

ASAL USUL BANGSA BAJAU (BAJO)

Samah adalah gelaran yang diberikan kepada suku kaum Bajau yang mendiami kawasan pantai barat Sabah bermula dari Kudat sehingga ke kawasan pedalaman Sabah. Bagaimana pun majoriti suku Samah terdapat di Kota Belud, Tuaran, Likas, Petagas, Putatan, Ketiau, Kinarut, Beringgis, Kawang, Pengalat Besar dan Pengalat Kecil di Papar, Sabah. Pada dasarnya gelaran Samah sinonim dengan gelaran kaum Bajau.

Suku ini memasuki Borneo melalui kawasan Kota Belud dan Kudat. Mengikut fakta sejarah, "Bajau" adalah nama kepada salah seorang pahlawan Bugis yang berasal dari Makassar.

Mereka telah membantu Johor menyerang Belanda. Kesannya, sehingga ke hari ini terdapat sebuah perkampungan kaum Bajau di negeri Johor. Kaum Bajau kemudian telah belayar melalui persisiran pantai Borneo dan membuka perkampungan mereka lebih awal di Kota Belud sebelum meneruskan pelayaran sehingga sehingga ke selatan Filipina.



Di Filipina suku kaum ini telah diberikan gelaran sebagai kaum "Badjau" oleh Marco Polo sebagai kaum yang mahir dengan kehidupan laut dan tinggal dalam perahu. Kaum ini kemudiannya telah sampai ke kawasan Pantai Timur Sabah dan mendiami kawasan Semporna, Tawau, Lahad Dato dan Sandakan. Bagi membezakan suku ini, mereka dikenali sebagai suku "sama'" dari suku kaum "Badjau" yang berasal dari Selatan Filipina.

Oleh kerana, asalnya dari selatan Filipina ia telah menjadi isu politik yang hangat di negeri Sabah khasnyas dan di Malaysia amnya. Ramai dari kalangan suku Badjau ini ini tidak mempunyai pengenalan diri dan dianggap sebagai kaum pendatang di Sabah. Meskipun, hakikat ini ada kebenarannya namun terdapat juga suku ini yang telah mendiami kawasan pantai timur sabah sejak dahulu kala.

Kehadiran masyarakat Sama-Bajau di Laut Celebes telah direkod oleh pegawai Belanda pada 1657. Selain itu, tradisi lisan Samah/Sama-Bajau sepanjang Sabah Malaysia, Indonesia dan Filipina mendakwa bahawa asal usul mereka adalah dari Johor.[1]

Dua bahasa "Samah-Samah" atau "Samar Lambuh" dan "Samar Laiyun" merujuk kepada dua suku kaum Bajau yang dikenali sebagai "Samah- Samah" atau "Samar Lambuh" dan "Samar Laiyun" yang menetap di Pulau Sibutu dan Pulau Musa. Bahasa mereka saling boleh difahami dengan Bajau Kota Belud.[2]

Bagaimana pun, pada masa kini penggunaan perkataan "Bajau" adalah merujuk kepada kedua-dua suku tersebut yang ternyata mempunyai persamaan dari segi peradaban namun banyak perbezaan dari segi bahasa. Masyarakat yang tinggal di Sabah boleh membezakan kedua-dua suku yang datang dari

Kaum yang sama ini dengan mendengar intonasi dan bahasa yang mereka gunakan. Lantaran itu, masyarakat di Sabah ramai beranggapan Badjau itu adalah merujuk kepada Bajau Filipina manakala Suku Bajau itu sendiri merujuk kepada Kaum Bajau Kota Belud.

Rujukan:
1. Sf aSraim 2a1- (B2a0j0a3u) 3 - 11 3, The Identity and Social Mobility of Sama-Bajau, GUSNI SAAT
2. Panjat ↑ eds, Julie K. King, John Wayne King, (1984). Languages of Sabah : a survey report (edisi ke-cetakan semula.). Canberra: Dept. of Linguistics, Research School of Pacific Studies, Australian National University. ISBN 9780858832978.